Sunday, January 9, 2011

Percutian

Salam..



Percutian Pulau Pangkor merupakan entri terbaru pusher setelah sekian lama menyepi,percutian ini merupakan percutian pertma dalam hidup pusher.kesiankan..
Setelah merasa sendiri pergi bercuti,melihat tempet orang memang seronok.hilang sekejap masalah kerja,oeribadi dan macam-macam lagi.
Percutian 3hari 2malam ni memang telah dirancang agak lama bersama sepupu.Kami pergi seramai 4orang dan hanya menaiki kereta pusher jer.
Perjalanan dimulakan dari melaka menuju ke Kuala Lumpur untuk mengambil seorang rakan yang menetap disana dan perjalanan diteruskan.kami sampai ke Jeti Lumut pada 12am tetapi perkhidmatan feri hanya beroperasi hingga jam 8.30pm sahaja jadi terpaksa lah menginap di hotel berdekatan.

Hari Pertama di pulau Pangkor.

Kami berada di jeti lumut seawaj jam9.30am dan berjumpa someone yang menawarkan pakej penginapan yang agak murah dan kami diberi taklimat dan sedikit tunjuk ajar untuk bercuti disana.Kami menaiki feri yang disediakan dengan tiket berharga RM10.00 seorang untuk pergi dan balik.Akhirnya kami tiba di jeti pangkor jam1.00pm.
Disana memang agak memgejutkanlah bagi pusher melihat tempat peranginan yang mempunyai penempatan penduduk yang berbilang bangsa dan kehadiran pelancong dalam dan luar negara yang banyak.Kurangnya pengutkuasaan oleh pihak berwajib.Kami terpaksa menyewa motorsikal untuk digunakan selama kami disana.Kos untuk 2 buah motosikal sebanyak RM100.00.mahalkan tapi itu dikira murah dari menyewa kereta yang negenakan caj RM80.00 sehari.
Setelah menyewa motosikal kami bertolak ke tempat penginapan lami Palma Beach Resort yang terletak agak jauh dari jeti iaitu sejauh 7km.Setelah tiba di resort kami berehat sahaja sebelum pergi berjalan di sekitar pulau.

Hari Kedua

Kami bangun pagi dan pergi melihat kawasan sekitar,berjalan ke kedai-kedai cenderahati,mandi laut tapi pusher tak mandilah just memerhatikan sahaja.Banyak yang kami lakukan untuk seharian ini.Banyaklah juga barang yang dibeli untuk dibawa pulang nanti.

Hari ketiga

Merupakan hari terakhir kami disana dan kami bergerak ke jeti seawal jam 9.00am untuk menaiki feri menuju ke jeti Lumut.agak malang sedikit bila motor kehabisan minyak.terpaksa menolak.lebih malang lagi bila keduadua motor yang disewa kehabisan minyak.kenalah menolak untuk berpatah balik ke resort sebab disana ada menjual minyak.Kami tiba di jeti Lumut jam 11.30am dan selamat sampai di melaka jam 7pm.

percutian ini memang menyeronokan dan menjadi pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama.-SEKIAN~

Sunday, December 12, 2010

Bila berpeluang menulis

Salam,

rasanya dah berabad blog nie kesunyian bukan sebab pengunjung tapi sebab tiada entri baru yang memenuhi ruangkan kosong.mungkin ada sebilangan yang menganggap pusher dah malas atau hangat-hangat tahi ayam.

alasan yang sama akan diberi bila setiap soalan bertanyakan lama tak menulis blog,bukan tidak mahu tetapi keadaan tidak mengizinkan.Rindu juga hendak menulis walaupun pengunjungnya entah ada atau tidak.banyak cerita,kisah suka dan duka ingin dikongsi.mungkin hakikatnya keadaan masih tidak mengizinkan.

Bila rasa ingin menulis????
Rasanya setiap hari ingin menulis terutamanya bila bosan didalam bilik,tak tahu nak watpe.nak berjalan pun kemana.Saat itulah perasaan menulis dan idea serta kisah ingin dikongsikan sentiasa tersusun untuk ditulis disini tetapi bila apa yang dikongsi itu tak dapat nak ditulis rasa malas,bengang dan lama kelamaan blog ini terus sunyi.

Tidak dinafikan,bila menulis terasa apa yang nak diluah terpendam dan terus terpendam dan bila bepeluang dah tahu apa yang patut ditulis.Bila nengok blogger yang telah menjadikan blog sebagai diari harian,bermacam macam entri ditulis dalam sehari teringin ingin mencuba seperti mereka ternyata bercakap untuk melakukan sesuatu tidak semudah bila untuk melakukannya sendiri.

Apapun mungkin entri disini jarang ditulis,pusher juga ingin memastikan tahun hadapan 2011 akan memaparkan lebih banyak entri dari tahun ini.Walaupun kebanyakan entri disini hanya sesuatu yang merepek tapi inilah luahan,cerita ataupun kisah yang ditulis ikhlas dari penulis tak terkenal ini..

~SEKIAN~

Tuesday, November 2, 2010

Alasan

Dear Reader, kalau ada lah...

Untuk sekian lama pusher tidak dapat update apa-apa pun entri sekali lagi mohon maaf lah..
Disini ada beberapa alasan yang hendak dinyatakan antaranya ialah masalah internet yang tidak dapat diselesaikan lagi..masih lagi mencari alternatif lain iaitu ingin menggunakan perkhidmatan streamyx plak selepas ini.

Masalah lain ialah masa yang sangat terhad untuk pergi hang out kat luar untuk mendapatkan perkhidmatan Wifi.Siang keje,malam dah letih stay rumah je...boleh trime ker alasan nie...

Banyak Juga lah entri yang tidak dapat dipublishkan sepanjang masalah ini,sekarang pun masih tidak dapat lagi penyelesaian so agak jarang la update selepas ini...Sebelum ini pun samakan.

Dalam beberapa ketika tidak dapat update ni adalah beberapa peristiwa sedih dan gembira yang tidak dapat diceritakan antaranya pergi konvoi ke kolam Air panas pedas,Jatuh motor nak langgar van jual ikan,baru semalam kena.....memang membosankan bila duduk dirumah,internet tiada,dah lama tak online,semualah... "Silent mode"

~SEKIAN~

Tuesday, October 5, 2010

Hati

Bila bicara pasal hati memang tidak ada idea untuk menulis tapi bila dikenangkan tiada erti atau makna yang perlu disalah ertikan hanya diri sendiri yang tahu.

sama ada apa benar atau hanya titik tolak kehidupan yang baru-baru ini dilalui ialah mungkin dianggap satu hukum karma didalam kehidupan setiap insan.Hidup dan dugaan sering disalah ertikan.makna kehidupan itu sendiri telah mempengaruhi kehidupan insan itu sendiri.

Hanya pengalaman,Perasaan dan ilmu yang ada untuk bekalan menjalani kehidupan yang bukan hanya sedetik untuk kita lalui tetapi didalamnya ada bermacam-macam erti dan dugaan yang perlu ditempuh.

Usah ditanya kenapa dan mengapa sesuatu kehidupan itu diselang selikan dengan tohmahan,kegagalan dan kekecewaan kerana setiap apa yang dihadapi adalah erti sebuah kehidupan itu sendiri.Hadirnya insan yang berilmu tetapi lupa akan dahulunya dia juga tidak,hadirnya insan yang kaya tetapi lupa satu masa dahulu ia miskin atau hanya mewarisi apa yang telah ada dan hadirnya insan yang sentiasa berada diatas tapi dalam tidak sedar dia tetap dibawah.

Manusia,kehidupan dan erti penghayatan dalam hidup adalah satu lumrah yang perlu diakui oleh semua insan sama ada ianya baik atau buruk.Kejadian demi kejadian.hanya satu harapan iaitu sebuah pengakhiran yang baik.

~SEKIAN~

Thursday, September 30, 2010

Laptop Punya Hal


Selasa 28/09/2010,pusher mendapat berita laptop compaq cap ayamnya Window corupt..
Kisahnya begini,pusher meminta bantuan seorang rakan untuk install new antivirus kerana pusher hanya menggunakan antivirus kaspersky trial,memandangkan dateline telah lepas jadi pusher minta jasa baik dari rakan untuk installkan yang baru.

Untuk install antivirus yang baru perlulah remove antivirus yang sedia ada tetapi amat malang sekali bila window mnghadapi masalah dan laptop hanya boleh dibuka menggunakan safe mode.Langkah yang pusher ambil ialah menghubungi wakil jualan dimana laptop ini dibeli.

Selepas mengadakan temujanji,wakil tersebut sanggup untuk menyelesaikan masalah dengan memformatkan semula dan install semua software yang sepatutnya termasuk window yang baru.So,mengikut hukum karma dan syarat apa-apa pun perjanjian pusher tidak perlulah dikenakan apa-apa bayarankan tetapi bukan itu yang terjadi.laptop ini baru dibeli 2 bulan yang lepas dan tempoh jaminan yang diberikan ialah selama 3 tahun.

Setelah siap semuanya pusher mendapat panggilan dari wakil tersebut yang menyatakan pusher perlu membayar kos perkhidmatan sebanyak RM50.Masalahnya bukan kos yang mahal ini tapi perkhidmatan yang diberikan.Sepatutnya pusher dimaklumkan terlebih dahulu jika mahu dikenakan apa-apa bayaran.

Apa pun semuanya telah berlalu dan laptop pusher telah siap dan boleh digunakan.
Walaupun agak kecewa dengan apa yang terjadi sekurang-kurangnya pusher tahu langkah yang lebih baik untuk diambil akan datang bila berlaku perkara seperti ini.

~SEKIAN~

Monday, September 27, 2010

Hot Spring






Malam tadi pergi ke kolam air panas bemban,jasin.Jarak perjalanan hanya beberapa kilometer dari rumah.Sebenarnya tidak merancang hendak pergi ke situ dan memang tidak minat pun nak mandi malam-malam.

Untuk pengetahuan pusher mempunyai adik kembar perempuan dan salah seorangnya telah mengalami gatal-gatal so mak suggestkan untuk pergi ke kolam yang dimaksudkan.Memandangkan kolam itu tak jauh dari rumah jadi pusher mengambil keputusan untuk pergi kesana.

Tiket pada hari biasa hanya Rm5 bagi dewasa dan Rm2 bagi kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 12 tahun.Pusher pergi hanya berlima.Mak,adik kembar dan cousin.Sampai je kat sana jadi la penunggu adik-adik ni.nasib baik mak ada nak melayan diorang.nak ikutkan pusher memang wat hal sendiri.Kunjungan pada malam itu tidak berapa ramai orang jadi tempat ini nampak suram je.

Air kat situ memang panas dan sesuailah untuk sesiapa yang ada penyakit kulit atau alahan.Pusher berani rendam-rendam kaki je.nak rendam badan takut masak plak nanti..
Adik pusher yang mengalami gatal-gatal itu adalah berendam dalam 15minit dalam air panas itu yang lain dia pergi mandi kat swimming pool yang memang disediakan bagi sesiapa yang tak mahu mandi air panas.Masalahnya tujuan utama kesana untuk mandi air panas tapi dah kata budak-budak,bila dah sampai gatal-gatal pun terus baik.

Apa pun bagi sesiapa yang mencari lokasi kolam air panas dan nak cari tempat yang tenang dan kurang pengunjung memang patiut pergi kesana.Kolam air panas bemban,jasin melaka.
Layanlah beberapa gambar yang sempat disnap oleh kamera Hp yang tak mahal ini...

~SEKIAN~