Monday, May 17, 2010

Hari guru










Rasanya xpatut jika tidak menulis pasal hari guru...
Tanggal 16 Mei setiap tahun dirai oleh semua lapisan masyarakat untuk menghargai jasa seorang Guru.
Guru merupakan insan yang menjadi tunggak penting dalam kehidupan kita untuk mencapai cita-cita.Jasa guru tidak dapat dibalas...
Slogan Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa"..
Untuk menjadi seorang guru perlulah ada satu semangat ingin membantu anak bangsa sendiri untuk maju..Ingin membimbing anak bangsanya berjaya dalam hidup yang serba mencabar,membimbing generasi baru untuk mentadbir negara satu masa nanti..
Guru perlukan pengorbanan dalam menjalankan tanggungjawab,persoalannya berapa ramai guru yang betul-betul telus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan??
Tidak dinafikan ramai guru yang sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk memastikan anak didiknya berjaya dalam hidup tetapi amat malang sekali bila terdapat segelintir guru yang menjadikan profesion sebagai guru hanya untuk mencari keuntungan dan kepentingan diri sendiri seperti membuat kelas tambahan dengan yuran yang melampau,hanya untuk mencari pendapatan tambahan semata-mata tetapi soal kualiti dan keberhasilan pengajarannya terhadap pelajar tidak dipedulikan...segelintir guru seperti ini sedikit sebanyak menjatuhkan imej seorang guru yang disanjung tinggi oleh masyarakat...
Bagi pusher,buatlah apa jua pekerjaan tetapi dengan niat yang betul kalau mahu jadi insan yang berguna.itulah sedikit isi hati luahan pusher untuk Hari Guru 2010...
Bagi semua guru,especially yang pernah mengajar pusher..."Selamat Hari Guru"..
Teruskan usaha anda mendidik anak bangsa.terima kasih..~SEKIAN~

No comments: