Sunday, May 23, 2010

KL DRIFT 2














Post kali nie mengenai salah satu filem kegemaran pusher yang merupakan salah satu filem Box Office yang mula ditayangkan mulai 25hb Mac yang lalu....
Pusher telah menonton filem ini sebanyak 5 kali,4 kali di pawagam dan sekali di rumah(dvd)....

Sedikit sinopsis untuk filem nie..."

Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional.

Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham.

Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.

Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya.

Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.

Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe....
Ending filem nie berakhir dengan Joe ditembak mati oleh kamal,Ery mati dalam kemalangan dan Aleeya mati ditembak Joe..."

Yang membuatkan pusher berminat untuk menonton berkali-kali filem ini ialah watak Joe yang memainkan peranan penting dalam menghidupkan filem nie...Adalah sdikit sebanyak terpengaruh(hahaha)tapi tidak melibatkan aksi-aksi bahaya ye...sbb pusher xd 'Fairlady@RX7'...
Terdapat gak scene yang melibatkan perasaan antara Aleyaa dan Zack tapi agak malang bile Aleeya terbunuh...(spoil laaa)...

Conclusion dari filem ini....Superb bebb.....that'all...
~SEKIAN~

No comments: