Friday, May 7, 2010

Laundry



























































*Mesin basuh berkemampuan membasuh 100KG linen dalam satu masa.
*Setiap dryer boleh mengisi 20-30KG linen dalam satu masa.



Salam....Pusher ingin kongsi sedikit pengetahuan berkenaan laundry.
Laundry ialah tempat membersihkan kain atau pakaian(Linen).
Didalam laundry terdapat beberapa bahagian antaranya:-
1)Penjagaan pengambilan dan penghantaran linen.
2)Washer.
3)Linen Porter(bahagian pemungut linen kotor untuk dicuci)
4)Flatwork ironer
5)Pressing
6)Valet dan
7)Dobi Shoppe.
Setiap bahagian mempunyai fungsi masing2..dan pusher sendiri mempunyai pengalaman dalam beberapa bahagian tersebut..tetapi pusher lebih kepada washer.
Pusher lebih berminat bertugas sebagai washer kerana washer adalah bahagian yang paling mencabar dan memerlukan kemahiran yang agak tinggi.
Kebiasaanya washer perlu mengetahui 'chemical type' tertentu dan cara penggunaan yang bersesuaian dengan tahap kekotoran linen kerana jika berlaku penyalahgunaan chemical kerosakan akan berlaku kepada linen tersebut seperti koyak atau kecut.Ini terjadi disebabkan linen mempunyai jenis kain dan warna yang berbeza.Linen yang telah siap dicuci akan dikeringkan dengan menggunakan Dryer(pengering).
Untuk makluman,warna,jenis kain dan kuantiti linen yang dicuci memainkan peranan penting dalam setiap cucian.Terdapat juga linen yang tidak boleh dikeringkan menggunakan dryer disebabkan jenis kain yang sensitif.
Antara chemical yang biase digunakan ialah:-
-softlan(pewangi)
-oxy brite(peluntur)
-Detergent MP(sabun)
-Buildder C
-Break M
-Dry Bleach
-paratex
-GPC 200
Untuk memastikan setiap cucian kita menghasilkan kualiti yang baik kita perlu mengambil berat tentang kandungan penggunaan chemical,kuantiti linen,tahap kepanasan stim(suhu) dalam mesin dan proses pengendalian mesin dengan betul.
-SEKIAN-

No comments: