Wednesday, May 19, 2010

punctual

"masa itu Emas ye"

Menepati masa adalah satu sikap yang sangat sukar diamalkan....
Kebanyakan orang tidak boleh untuk hadir atau membuat sesuatu tepat pada waktunya,masyarakat sekarang sudah biasa dengan melengahkan sesuatu tugasan/ pekerjaan.Ini berpunca dari individu itu sendiri yang mempunyai sifat malas dan suka bertangguh..
Tetapi pada situasi tertentu kebanyakan orang tidak pernah terlewat seperti waktu tengok wayang atau pergi berhibur...(hanco...)
Terdapat sedikit tips untuk dikongsikan untuk menepati masa antaranya:-
1)Berusaha unuk mendahului masa.
2)Membuat perancangan yang teliti.
3)Menyiapkan tugasan dengan waktu tertentu.
4)Membuat pekerjaan dengan sistematik.
5)Menjaga kualiti masa dengan tidak membazir masa.
6)Persediaan yang lengkap ketika melakukan tugasan/pekerjaan.

Bagi sesetengah pihak masa dibiarkan berlalu tanpa melakukan apa-apa yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri mahupun orang lain.Segelintir masyrakat sekarang lebih suka menghabiskan masa mereka untuk sesuatu hiburan sahaja.
Untuk melatih diri untuk menepati masa, individu dan masyarakat itu sendiri perlu sedar kepentingan menepati masa dan menghargai masa,ini dapat menjadikan masyarakat yang hidup secara sihat dan teratur dan menerapkan amalan menepati masa ke dalam diri masing-masing.
~SEKIAN~

2 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

huhu

kadangkala kita leka kan.

haih.

Pusher Aries said...

betulbetulbetul...hehe