Friday, September 10, 2010

Antara Hujan dan Airmata

Baca je tajuk dah rasa lain macam...
tapi itulah hakikatnya....Airmata tak dapat ditahan bila berlaku sesuatu atau terasa tersentuhnya perasaan ini yang mana entri ini ditulis hanya untuk mengenang atau mengingati detik atau peristiwa yang berlaku tidak kira masa sama ada berlaku kat diri sendiri ataupun orang lain.
Menyingkap kembali detik dimana berlakunya kemalangan maut menjelang aidilfitri yang berlaku dihadapan mata sendiri...memang amat memilukan tetapi itulah hakikatnya dimana ajal menjemput sesiapa tidak kira masa,dimana dan bagajmana keadaan sekalipun.kejadian yang dimaksudkan berlaku di kawasan Bukit baru Melaka,saat itu hujan renyai mula menyimbah bumi setelah sampainya ajal seorang budak apabila terlibat dengan kemalangan pada petang tersebut.Kejadian ini amat memilukan hati sesiapa sahaja yang melihatnya kerana ia berlaku 3 hari sebelum aidilfitri.Apakah perasaan ahli keluarga,adik beradik dan ibubapa,lebih-lebih lagi hati ibu yang telah membesarkan anaknya tetapi hukum harma dan Allah SWT lebih menyayangi anaknya.
Jauh disudut hati ini lahir erti kehidupan dan dan lebih menghargai hidup ini.Untuk Keluarga si mati sama-sama kita sedekahkan al fatihah semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini...Entri ini tak dapat nak letak gambar...~SEKIAN~

2 comments: