Thursday, September 30, 2010

Laptop Punya Hal


Selasa 28/09/2010,pusher mendapat berita laptop compaq cap ayamnya Window corupt..
Kisahnya begini,pusher meminta bantuan seorang rakan untuk install new antivirus kerana pusher hanya menggunakan antivirus kaspersky trial,memandangkan dateline telah lepas jadi pusher minta jasa baik dari rakan untuk installkan yang baru.

Untuk install antivirus yang baru perlulah remove antivirus yang sedia ada tetapi amat malang sekali bila window mnghadapi masalah dan laptop hanya boleh dibuka menggunakan safe mode.Langkah yang pusher ambil ialah menghubungi wakil jualan dimana laptop ini dibeli.

Selepas mengadakan temujanji,wakil tersebut sanggup untuk menyelesaikan masalah dengan memformatkan semula dan install semua software yang sepatutnya termasuk window yang baru.So,mengikut hukum karma dan syarat apa-apa pun perjanjian pusher tidak perlulah dikenakan apa-apa bayarankan tetapi bukan itu yang terjadi.laptop ini baru dibeli 2 bulan yang lepas dan tempoh jaminan yang diberikan ialah selama 3 tahun.

Setelah siap semuanya pusher mendapat panggilan dari wakil tersebut yang menyatakan pusher perlu membayar kos perkhidmatan sebanyak RM50.Masalahnya bukan kos yang mahal ini tapi perkhidmatan yang diberikan.Sepatutnya pusher dimaklumkan terlebih dahulu jika mahu dikenakan apa-apa bayaran.

Apa pun semuanya telah berlalu dan laptop pusher telah siap dan boleh digunakan.
Walaupun agak kecewa dengan apa yang terjadi sekurang-kurangnya pusher tahu langkah yang lebih baik untuk diambil akan datang bila berlaku perkara seperti ini.

~SEKIAN~

No comments: