Monday, May 10, 2010

Jiwa Remaja



Banyak yang telah dapat kita lihat sekarang nie perubahan era,masa yang terlalu pantas...
Kehidupan dari seorang kanak-kanak telah berubah menjadi remaja...
Zaman remaja adalah zaman yang paling mencabar yang akan menentukan kemana hala tuju untuk sepanjang hayat.
banyak yang kita dapat lihat remaja sekarang yang sikap dan tingkahlakunya yang jauh lebih advance daripada zaman dahulu....
Remaja mempunyai satu jiwa yang 'unpredictable',sesuatu yang susah untuk kita fahami.
Bagi sesetengah remaja lebih mementingkan kepuasan diri sendiri daripada memikirkan masa depan dan orang lain tapi cara yang diambil untuk mendapatkan kepuasan sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pun kepada remaja itu sendiri.
Masyarakat sendiri perlu lihat sendiri sejauh mana tahap pemikiran remaja yang semakin membimbangkan,ini dapat dilihat dengan peratusan perbuatan jenayah yang melibatkan remaja yang kebanyakannya masih dibangku sekolah.Bermula dengan masalah buli,memeras ugut,meragut,berlumba haram,mencuri,samun,rogol dan paling membimbangkan terdapat remaja yang terlibat dengan pengedaran dadah.Semakin banyak penguatkuasaan dijalankan semakin meningkat pengelibatan remaja dalam hal sebegitu.
Usaha kerajaan dalam mewujudkan sikap berdisplin dikalangan remaja adalah sedikit sebanyak membantu namun masyarakat juga harus memainkan peranan penting bagi memastikan tiada lagi jenayah dikalangan remaja.
pusher juga sedang melalui zaman remajanya,dalam kehidupan seharian bagi seorang remaja seperti pusher hiburan adalah sangat penting.pergaulan juga penting,pusher bergaul dengan bermacam-macam jenis orang.Kebanyakan kawan-kawan pusher kesemua adalah lebih tua dari pusher,ada yang telah berkeluarga dan mempunyai anak tetapi jiwa remaja dikalangan kawan-kawan pusher yang dah masuk status dewasa ni masih lagi kukuh di hati masing-masing.
kadang-kadang ada sesetangah yang berpikiran seperti adik pusher.
tapi itulah realiti kehidupan seorang remaja yang sebenarnya banyak dipengaruhi oleh golongan dewasa yang satu masa dulu juga pernah menjadi remaja seperti pusher.
bagi pusher pemikiran,sikap dan tingkahlaku kita perlulah seiring dengan usia kita dan berdaya sainglah untuk majukan diri sendiri dan tahap kehidupan masyarakat kita yang tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.Sikap masyarakat kita sendiri yang meletakkan diri kita di satu tahap yang jauh kebelakang jika dibandingkan dengan masyarakat dinegara lain.
Remaja perlu dijaga dan dipandang berat oleh setiap masyarakat kerana remaja inilah yang akan menyambung dan menentukan tahap pemikiran dan kemajuan kehidupan dimasa hadapan.
Remaja sendiri pula perlu sedar bahawa kehidupan dimasa akan datang lebih mencabar.Kehidupan yang memerlukan kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi untuk berdaya saing bagi kehidupan dan zaman yang serba moden sekarang dan akan datang.
Begitulah pandangan dan sedikit nasihat dari seorang remaja seperti pusher terhadap remaja sekapal dengannya..sekian.~wassalam~

No comments: