Wednesday, May 12, 2010

Workaholic













Entri kali pusher ingin mengulas sedikit mengenai tabiat atau individu yang suka bekerja...
Workaholic ialah tabiat seseorang yang addict bekerja tanpa mengira waktu..kehidupan hariannya hanya diisi dengan melakukan pekerjaan,jumpa client,duduk di pejabat hingga larut malam.Bagi seorang workaholic kebiasaanya mempunyai waktu tidur yang kurang,masa untuk keluarga dan diri sendiri pun telah digunakan untuk bekerja..
Berapa ramai workaholic yang terdapat sekarang....xbanyak rasanya kan...
Bagaimana pun,seseorang yang kuat bekerja itu mempunyai 2 jenis...
Pertama:-
*seseorang yang mempunyai tanggungan yang ramai/banyak,pendapatan yang tidak mencukupi so ini memaksa seseorng itu menjadi workaholic.
kedua:-
*seseorang yang mempunyai profesion yang mantap tetapi masih lagi mencari side income bagi mengisi masa lapang.

Untuk menjadi workaholic kita perlu menanamkan sikap ingin berusaha dan tidak putus asa dalam melakukan apa juga pekerjaan.Workaholic dan kualiti kerja adalah sangat penting dan haruslah seiring...xguna kalau bekerja 24jam sekalipun sedangkan kerja yang dilakukan tiada kualiti.
Workaholic juga terdapat keburukan antaranya:-
1)kurang perhatian terhadap keluarga.
2)Kurang kasih sayang antara kelurga.
3)lupa pada tanggungjawab yang lain(akhirt)
4)menjarakan silaturahim dengan masyarakat dan sbgnya.....

Workaholic adalah sesuatu yang baik dan mendatangkan banyak manfaat jika seseorang itu pandai membahagi masa dan mengurus tanggungjawab dengan baik dan teratur.Inisiatif dan tanggungjawab amat perlu ditekankan dalam kehidupan harian seorang workaholic.
Workaholic juga perlu paham akan situasi masing-masing dalam pekerjaan yang dilakukan dan perlu memastikan kehidupan berjalan dengan seimbang.
Disini pusher bagi sedikit tips untuk mendapatkan kehidupan yang seimbang bagi seorang workaholic,antaranya:-
*Set limit untuk waktu berkerja untuk memastikan perhatian yang penuh terhadap kerja.
*Mesti meluangkan masa untuk 'qualiti time' iaitu masa bersama keluarga.
*Mendapatkan khidmat kaunseling untuk pembahagian masa yang betul.
*Jangan melupakan tanggungjawab terhadap allah.
*Luang/Isi masa sedikit untuk beriadah atau melakukan aktiviti yang digemari.
*'Alert' terhadap keperluan keluarga/kawan-kawan.(masa,kasih sayang,perhatian)
~SEKIAN~

No comments: