Monday, June 21, 2010

Bersenam untuk kesihatan

















"Macam penat nau rupanya....,"



Setelah beberapa lama tidak mengeluarkan peluh dengan cara bersenam kali ini pusher mendapat hidayah apabila pergi mengeluarkan sedikit peluh di Kawasan rekreasi Bukit Serindit..Pusher melakukan aktiviti ini bersama cousinnya yang sama 2 X 5 dengannya,tidak pernah bersenam,kalau keluar peluh pun disebabkan cuaca panas...
Selepas membuat pemeriksaan baru-baru ini,pembantu kesihatan mengesahkan pusher dan cousinnya mempunyai tekanan darah yang rendah jadi ini telah sedikit sebanyak menyedarkan kami betapa pemalasnya kami menjaga kesihatan diri sendiri...time dah sakit baru menyesal...
Untuk melakukan senaman pertama buat sekian kalinya kami memulakan aktiviti dengan berjalan kaki tetapi setalah beberapa ketika kami berjalan mengelilingi kawasan riadah kami memulakan larian..tetapi antara pusher dan cousinnya mestilah nak cakap pusher yang handal tetapi hakikatnya baru beberapa round dah down...radiator dah leaking,telinga dah berasap,kepala dah pusing...tiba-tiba terasa macam nak pengsan.
Akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk balik sahaja...segera pergi ke kereta dan duduk didalam air cond...bila malam terasa macam susah untuk bernafas.Bila pusher bertanyakan kepada kawan-kawan yang aktif bersukan rupanya teknik yang pusher lakukan itu salah dan berbahaya..sepatutnya pusher tidak boleh terus push untuk melakukan larian sebegitu,perlu dimulakan dengan berperingkat jadi keputusan diambil untuk pergi lagi keesokkan harinya...Alhamdullilah dah dapat sedikit step untuk bersenam cara yang betul...
Mengikut perancangan pusher ingin kerap melakukan aktivti ini bagi mengamalkan gaya hidup sihat....Sedikit kekesalan disini...dah sakit baru beringat....















"Ada ke bersenam pakai kasut cikang"

Bersenam sebegini tidak dinafikan memang patut dilakukan oleh semua peringkat usia,disamping dapat menjaga tahap kesihatan,kita juga dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah...

~SEKIAN~

1 comment:

Pusher Aries said...

kalau mula-mula bersenam memang la sakit-sakit badan....tahan je la...