Saturday, June 19, 2010

MC



MC atau 'Medical Certificate' adalah ubat yang amat diperlukan bagi sesiapa pekerja sama ada yang betul-betul sakit atau yang mempunyai urusan penting tetapi tidak dapat kelulusan cuti dari majikan...
Berapa kerapkah anda semua mengambil MC sepanjang anda memasuki alam pekerjaan,adakah MC yang diambil betul-betul diberi disebabkan kesihatan anda ataupun disebabkan urusan tertentu....
MC sepatutnya hanya diberikan kepada seseorang yang benar-benar memerlukannya,bukannya disalahgunakan...MC sangat mudah didapati sekarang hingga sesiapa sahaja boleh mendapatkan MC pada masa dikehendaki....tapi perkara yang sering dialami oleh pusher sendiri sewaktu berkhidmat dalam perhotelan dahulu,Bila masa kita sangat-sangat memerlukan MC kerana berasa tidak mampu melakukan tugas, MC tidak dibenarkan oleh doktor tetapi sebaliknya bila kita tidak memerlukannya tapi sebagai pekerja yang bijak pandai semestinya pusher tidak menolak bila diberi MC..Kebiasaannya pekerja swasta seperti pusher perlu mendapatkan MC di klinik-klinik panel yang telah ditetapkan tetapi masalah sebegini juga yang dihadapi oleh mereka.
Bagi pusher tidak perlulah even desprate sekali pun kita menggunakan MC untuk mengambil cuti sebagai langkah untuk cuti,sepatutnya kita merancang dari awal...Cuti amat penting,sesekali kita perlu bercuti untuk menghilangkan stress di tempat kerja,masalah keluarga dan apa-apa pun...~SEKIAN~

No comments: