Wednesday, June 16, 2010

Fikir ke berangan....Confuse


'Apa lah nasibbbb,"

Pening kepala bila otak banyak berfikir...masalahnya berfikir ke otak tue atau berangan....
Ramai orang yang sangka kalau termenung bermakna seseorang itu sedang berangan atau berfikir...persoalannya dapatkah kita tahu sama ada seseorang itu sedang berfikir atau berangan semasa dia termenung...
Berfikir adalah lebih baik dari berangan tetapi ada juga sesetengah pihak berpendapat bahawa berangan juga baik untuk mengetahui apa keinginan seseorang itu....
Jadi,tidak kisahlah sama ada berangan atau berfikir yang penting kedua-dua hendaklah baik dan mendatangkan faedah...berapa ramai yang berangan dan berfikir yang baik-baik...kebanyakannya hanya berfikir bila nak senang,macam mana nak tipu orang,macam mana nak kedengki orang lain,iri hati,busuk hati dan segala macam yang negatif akan difikirkan....
Kematangan seseorang dapat dilihat melalui cara dia berfikir.. contohnya kebanyakkan orang berfikir bila dapat duit yang banyak macam durian runtuh semua akan memilih untuk beli ini,beli itu tapi berapa ramai yang akan menggunakan duit itu dengan betul seperti membantu orang,memberi sumbangan,melangsaikan hutang...majority masyarakat sekarang akan menghabiskan duit itu dengan enjoy,melancong,membeli barangan berjenama,menukar ganti kereta dan sebagainya....Kesudahannya sama-sama kita lihat telah banyak berlaku disekeliling dengan berangan jenama habis dijual semula(kalau ada orang nak beli),kereta tidak dapat dibayar dan akhirnya hutang bertambah keliling dada...Kesimpulannya tidak kiralah sama ada berfikir atau berangan asal kita dapat menilai apa yang kita ingin dan perlu dilakukan dan kecapi keinginan kita sendiri....~SEKIAN~

No comments: