Thursday, June 17, 2010

Rachel Corrie Mision












"Peace without War"

Post kali nie sedikit pandangan,tanggapan,perasaan,luahan dan apa pun yang tersirat khas untuk Rakyat Gaza,saudara seagama yang xpenah berhenti dari ditindas oleh orang kafir yang sentiasa menjadi musuh utama umat islam sejak zaman jahiliah lagi....
Post ini ditulis selepas menonton dokumentari khas perjalanan Racheal Corrie Ship yang membawa aktivis dari beberapa negara termasuk malaysia yang memaparkan segala kesukaran yang ditempuh semua aktivis-aktivis tersebut antara yang membangkitkan kemarahan umat islam seluruh dunia yakni serangan Israel ke atas salah sebuah kapal misi pengaman yang lain...19 orang dipercayai terkorban...
Apa tujuan israel menyerang kapal tersebut,alasan yang diberi tidak masuk akal sama sekali iaitu kapal terbabit membawa bekalan senjata untuk penduduk Gaza..Pusher percaya itu hanyalah alasan israel jahanam itu untuk mengagalkan misi tersebut.Manakala,Kapal Racheal Corrie Pula dirampas dan ditahan disebuah pelabuhan di israel dan rakyat malaysia juga turut ditahan...
Bilakah penderitaan rakyat Gaza akan berakhir maka perlulah kesedaran dari semua lapisan masyarakat dari seluruh dunia untuk membantu saudara kita yang sedang ditindas oleh musuh sejagat kita.....Amat menyedihkan apabila saudara kita di Gaza sedang ditindas tetapi kita umat islam disini hanya berdiam diri dan lebih malang lagi bila terdapat masyarakat yang juga orang islam yang bukan sahaja tidak mempedulikan hal sebegini tetapi melakukan bermacam-macam jenayah dan ada juga yang sibuk dengan mengejar kekayaan dunia tanpa ada perasaan sedikit pun untuk membantu saudara kita...Jika kita tidak dapat membantu dengan wang ringgit cukuplah dengan doa tulus ikhlas untuk mereka..Berapa ramai yang sanggup jika berkesempatan untuk pergi berjuang kesana...ya,mungkin segelintir betul-betul ikhlas dan berani untuk berjihad tetapi amat terkilan jika ada yang hanya ingin menjadikan isu ini sebagai salah satu sumber perniagaan dan ingin mencari keuntungan semata-mata untuk diri sendiri...
Untuk Semua umat islam haruslah bersatu membantu saudara kita ini,tidak akan rugi bila kita menyumbangkan sedikit usaha,duit,doa dan sebagainya mengikut kemampuan kita untuk memastikan agama kita tidak dipandang hina oleh orang kafir yang sentiasa ingin menjatuh dan memecah belahkan umat islam yang sedia ada retak ini....
Janganlah kita leka dengan nikmat sementara yang kita nikmati sekarang ni tanpa memikirkan orang lain,Even pusher tidak lah suci sangat tapi hati ini terusik bila melihat seseorang ditindas,lebih-lebih lagi saudara seagama sendiri....kalau sekarang,hari ini kita biarkan kafir menindas umat islam,apakah yang akan berlaku pada hari esok dan seterusnya...
~Salam untuk semua penduduk Gaza~Fisabilillah adalah syurga,itu janji Allah....Insyallah....
~SEKIAN~

No comments: