Wednesday, June 30, 2010

Rokok

"STOP SMOKING"




Ramai yang dah tahu bahayanya merokok tetapi tabiat merokok telah menjadi sebahagian daripada hidup bagi perokok yang ada...Jumlah perokok dimalaysia sendiri telah ramai dan jumlahnya semakin meningkat dari sehari ke sehari...bagi sesetengah pihak tabiat merokok agak mustahil untuk dicegah...nak cakap lebih pun tak boleh sangat sebab pusher pun sedikit sebanyak terlibat....jangan mara.Ini memang salah diri sendiri...
Merokok merbahayakan kesihatan bukan sahaja kepada perokok tetapi juga kepada sesiapa yang berada dengan perokok..Asap rokok sendiri mempunyai bermacam-macam jenis bahan kimia yang mengakibatkan penyakit-penyakit berbahaya tetapi tidak cukup kuat untuk memberhentikan tabiat tersebut.
Bagi sesetengah orang merokok boleh menghilangkan stress,masalah dan memberi ketenangan ketika menghisapnya.Jujur diperkatakan merokok memang tidak ada manfaatnya,telah bermacam-macam cara untuk mengurangkan rokok tetapi gagal.Kerajaan juga telah membuat bermacam-macam kempen kesedaran tetapi masih gagal juga...Untuk memastikan perokok dapat mengurangkan kadar pembelian rokok sehari kerajaan juga telah mengeluarkan arahan hanya rokok 20batang sahaja yang boleh dijual bagi memastikan perokok kurang merokok tetapi langkah ini juga tidak dapat menghalang perokok ini sebaliknya mereka lagi kuat merokok.
Bagi yang kurang berkemampuan juga tidak mempunyai masalah kerana banyak jenama rokok yang menjual rokok dengan harga yang murah..sesetengah perokok tidak kisah sama ada rokok itu berjenama atau sedap asalkan berasap sudah memadai bagi mereka...
Tidak dinafikan telah ramai yang kecundang akibat rokok tetapi perokok-perokok ini tidak merasa perkara itu akan berlaku kepada mereka dan jika berlaku mereka akan kata sudah takdir tetpi bila terkena pada batang hidung sendiri baru menyesal...tidak guna lagi pada masaa itu...perokok juga terdiri dari budak-budak sekolah,Even mustahil bagi mereka membeli rokok yang mahal tetapi terdapat beberapa tempat yang menjual rokok batang dengan harga sekitar 70sen sebatang.
Pengaruh rakan sebaya,orang dewasa dan peredaran zaman sekarang tidak dapat membendung lagi pengelibatan budak-budak sekolah dengan rokok,ini sangat membimbangkan semua pihak tetapi tiada tindakan drastik yang diambil even adapun perlu berterusan bagi memastikan generasi akan datang lebih berjaya.Merokok adalah punca dan permulaan untuk dadah jadi perhatian dan keprihatinan masyarakat terhadap isu ini amatlah diharapkan.
Jika seseorang itu tidak bekerja,tidak mempunyai income untuk membeli rokok,Ibubapalah juga yang membelikan...Ibubapa telah membesarkan kita,bila sudah meningkat dewasa mereka mengharapkan kita sebagai anak membantu mereka dan berjaya dalam hidup bukan tambah membebankan mereka.
Cukupah rasa untuk kali ini,bagi mereka yang telah merokok,sama-sama kita cuba kurangkan atau terus behenti dan yang tidak pernah merokok janganlah sesekali mencubanya...~SEKIAN~

No comments: