Sunday, July 4, 2010

Ibu Bapa


Pernah tak anda rasa bersyukur dengan ikhlasnya bila mendapat sesuatu nikmat,ganjaran,pujian dan sebagainya...
Sepatutnya kita kena sentiasa bersyukur...Berbagai cara kita boleh lakukan seperti menghargai setiap apa yang kita perolehi dengan betul dan melakukan sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri dan juga orang lain..
Bagi pusher bagi seoran g insan yang bergelar anak sepatutnya kita bersyukur kerana diberikan sebuah keluarga yang bahagia,Ibubapa yang sentiasa menginginkan kejayaan didalam hidup semua anak-anaknya...tidak kiralah jika perlu membanting tulang seharian untuk memastikan kejayaan anak-anak mereka..
Kita sebagai anak perlu bersyukur dan seharusnya memberi sebaik-baik penghargaan kepada kedua ibubapa kita yang tidak putus-putus mendoakan kita..sejahat-jahat kita sebagai insan janganlah kita menyakiti hati kedua ibubapa kita yang sememangnya menjadi tanggungjawab semau insan bergelar anak yang perlu sentiasa membahagiakan ibubapa mereka.Ibu dan bapa,hanya 2 orang insan inilah yang kita miliki sementara hayat mereka masih ada,sanggupkah kita sebagai anak mengabaikan tanggungjawab kita semata-mata untuk memenuhi kehendak kita sendiri tanpa memikirkan perasaan mereka...Cukuplah dengan segala pengorbanan mereka yang tidak mungkin seorang anak dapat membalasnya tapi apabila kita sebagai anak sudah cukup dewasa kita lupa akan tanggungjawab kita kepada mereka...
Sikap prihatin anak kepada ibubapa sangat penting dan cukup membahagiakan mereka...Ingatlah doa daripada ibubapa sangat makbul dan jangan sesekali menyakiti hati mereka walau macam mana teruk sekali pun mereka,mereka tetap ibubapa kita dunia dan akhirat...
Hidup cuma sekali dan dalam kesempatan yang sekali ini jangan kita pentingkan diri sendiri dan mengutamakan kehendak peribadi dan orang lain lebih daripada ibubapa sendiri...Kehidupan tidak kan membawa sebarang makna pun jika tidak mendapat keredhaan ibubapa.
~SEKIAN~

No comments: