Wednesday, July 28, 2010

Melihat tempat orang....

"Tempat mengambil air sembahyang menarik"


"Siap ada Stage Dalam Masjid untuk tujuan majlis ilmu..."


"masjid Shah Alam"
Sabtu 24hb Julai yang lalu pusher pergi menghadiri satu majlis penyerahan suratan hakmilik yang dianjurkan oleh Jabatan ditempat pusher bekerja tapi bukan itu yang ingin disampaikan disini sebaliknya perjalanan pusher selepas majlis tersebut.
Majlis tersebut sepatutnya berakhir jam3.00pm tetapi pusher terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk memulakan perjalanan ke Damansara untuk membuat survey jalan bagi memudahkan perjalanan untuk membawa bos meeting disana baru-baru ini.
Perjalanan dimulakan melalui Highway Simpang Empat menuju ke KL.perjalanan agak lancar tidak seperti semasa perjalanan ke sana yang mana berlaku beberapa kesulitan.(boleh lihat entri lepak kat Damansara).
Alhamdulilah perjalanan lancar seperti yang dirancang,pusher sampai dilokasi yang ditujukan setelah sejam lebih perjalanan.Selepas mengetahui jalan yang ingin dilalui nanti pusher dan 2 lagi rakan pejabat,ligakampung dan seorang lagi rakan yang identitinya dirahsiakan meneruskan perjalanan ke SACC Mall Shah Alam,First time datang ke Shah Alam agak teruja sedikit sebab dapat pergi ke Masjid Shah Alam(besar beb) dan paling best sekali bila dapat menjejakkan kaki ke UITM.Memang besar tempat dia.Nasib baik ada ligakampung yang menjadi tourism guider.Disinilah bukan pusher tetapi ligakampung yang menyambung pelajaran disini.
Semasa di UITM pusher dibawa pergi melihat perpustakaan Tun Abdul Razak.
Cukuplah kot perjalanan untuk kali ini,lain kali berjalan lagi.Apa pun memang best dapat pergi Shah Alam.
~SEKIAN~

No comments: