Wednesday, July 21, 2010

Selfish


"Learn how to appreciate others to make others appreciate us.."



Bila bercakap pasal selfish mesti semua orang pernah melalui saat bila terasa dipermain-mainkan.contohnya bila anda melakukan sesuatu kerja tetapi orang lain yang mendapat nama.Itu tidak kisahlah sangat,ia lebih teruk lagi bila kita dipersalahkan bila terjadi sesuatu masalah dengan kerja tersebut.
Kerja yang sepatutnya orang lain yang buat tetapi anda dibebankan dengan tersebut tetapi niat ikhlas anda ingin membantu menjadi satu bebanan kepada anda bila terjadi sesuatu masalah sebaliknya berlaku bila sesuatu pekerjaan itu mendapat pujian atau penghargaan anda pula akan dipinggirkan.Bukan niat untuk mendapat balasan dengan apa yang kita lakukan tetapi sekadar sedikit penghargaan yang mungkin boleh dijadikan semangat untuk kita melakukan kerja dengan lebih baik dan ikhlas pada masa akan datang.
Sikap manusia sekarang yang lebih mementingkan urusan peribadi sehingga lupa akan tanggugjawab yang tlah di amanahkan kepada kita.Pentingkan sikap tanggungjawab dalam diri setiap individu supaa kita dapat menjalankan amanah yang yang diberi dengan jujur dan sebaik mungkin.Tidak dinafikan untuk memikul sesuatu tanggungjawab memang memerlukan komitmen yang tinggi,lagi besar tanggungjawab yang perlu dipikul lebih banyak komitmen yang perlu kita berikan termasuklah mengorbankan sedikit hal peribadi.
Sikap selfish yang semakin menular sekarang ini memang amat membimbangkan,pekerjaan yang dilakukan hanya semata-mata untuk mendapatkan bayaran tanpa memikirkan adakah beban kerja yang dilakukan setimpal dengan bayaran yang kita terima tetapi kebanyakan orang tidak mempedulikan tentang itu yang penting cukup masa akaun kita akan dimasukan sejumlah wang.
Dengan adanya pemikiran sebegini pada generasi sekarang macam mana kita ingin memimpin dan memegang amanah.3 perkara yang perlu dijaga dalam hidup ini iaitu tanggungjawab terhaadap allah swt dan rasullullah saw,tanggungjawab terhadap Ibubapa dan tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.Jangan sesekali mengutamakan kepentingan peribadi dari tangungjawab yang diamanahkan.Memang tidak dinafikan memang sangat sukar memikul sesuatu tangungjawab tetapi hendaklah melakukannya dengan sebaik mungkin.
Sedikit info,celoteh atau luahan disini hanya untuk ingatan diri sendiri dan juga sesiapa sahaja yang membacanya.Tiada niat untuk menyakiti atau mengguris perasaan sesiapa.
~SEKIAN~

No comments: