Wednesday, August 11, 2010

Puasa 2010

"Selamat Berpuasa"

Tahun ini merupakan tahun pertama pusher berpuasa sebagai blogger so tiada entri untuk tahun sebelumlah ye...
Perasaan ingin menyambut puasa kali ini biasa je tapi seminggu sebelum bermulanya ramadhan pusher sudah terasa bahang puasa dah...Bulan puasa kita sepatutnya mengisi aktiviti lapang kita dengan melakukan ibadat lebih sikit daripada bulan-bulan yang lain.Pusher hanya ingat kalendar islam ramadhan dan syawal je,yang lain itu ingat-ingat lupa plak..
pusher bukanlah salah seorang calon imam muda dikampung mahupun dikaca televisyen tetapi pusher hanyalah seorang insan yang biasa lagi lemah yang hanya melakukan ibadat tidak tahu sama ada diterima atau sebaliknya,hakikatnya hanya itulah yang mampu dilakukan buat masa ini dengan cabaran dan godaan yang dihadapai pusher seharian.
Antara cobaan yang terpaksa ditempuh bulan ini ialah kena tolong cat rumah,jadual tugasan dari mak dah siap...Petang nak pergi pasar ramadhan beli juadah berbuka,ini bestlah sikit ada hiburan dan malam kena menunaikan tanggugjawab,sembahyang terawih.Nasib baik ditempat pusher hanya melakukan 8rakaat,11rakaat termasuk witir.itu pun kadang-kadang jugak...malu...
Dulu sewaktu zaman kanak-kanak,(sekarang dewasa dah) bila selepas waktu berbuka terus pergi capai batang paip yang sudah lama menunggu untuk diletupkan.... meriam daa...
Suasana sangat meriah dengan setiap tembakan mendapat sambutan dengan tembakan balas dari kampung sebelah.Aksi tembak menembak berlangsung hingga larut malam,terawih semua dah takde dalam jadual dah...akhirnya tetamu tidak diundang datang pulak.pak polisi...apa lagi yang tinggal hanya meriam dan asap sahajalah.Apapun ini semua tinggal kenangan dan pusher dah tidak lakukan lagi perbuatan yang merbahaya itu...
Masa dan waktu telah berubah dan kita sendiri perlu mengikut perubahan zaman dengan menjadikan diri lebih baik untuk masa akan datang.Pusher mengucapkan "selamat menyambut ramadhan al mubarak" kepada semua rakan umat islam...semoga ramadhan tahun ini membawa banyak erti dan rahmat kepada kita semua....Amin...
~SEKIAN~

7 comments:

Hazzy Ishak said...

dulu rajin pegi tarawih, sampai 20rakaat. skg susah sikit.
hehe. insyaAllah mungkin akan pegi jugak nanti

violetless said...

adehhhh...cita pasai meriam buluh teringat zaman jahat men meriam buluh sampai kena tibai ngan abah..memori2..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

beshh kan main meriam KAH KAH KAH.



mat berpuasa~

Pusher Aries said...

hazzy:-aah,thu xp...skg mmg dah mls lah...npe ea gak nye..hehe

violet:-owh ko pun jht gak ye...mmg pun ...huhu

miss lolly:-mis lolly dah xleh main meriam....xbaik org pandang...hihihihi...

Kech Hidayah said...

hahah..best! main meriam tin tepi sungai gombak.kalau sungai gombak tersumbat tu sebab banyak sangat tin ktrang melambung masuk sungai la tu.hahaha

miss lolly a.k.a luvfareda said...

nak main gak :(

Pusher Aries said...

kech:-sayangilah alam sekitar...huhu

mis lolly:-degil naaa...huhu