Thursday, September 9, 2010

Suasana dipagi syawal


"Keluarga dan 2 orang anak buah "



"Keluarga pusher......"

Hari raya merupakan hari yang paling bahagia dalam kalendar umat islam selepas sebulan menjalani ibadah puasa.Pagi Aidilfitri 2010,pusher memulakan harinya dengan bangun dan bersiap untuk pergi menunaikan solat sunat aidilfitri.Cuaca pagi raya hari ini hujan mula turun seawal jam 7.30pagi.

Terpaksa pergi ke masjid menggunakan kereta,nasib baik kereta tak sempat basuh,ada hikmah rupanya..Sampai je dekat masjid mungkin juga ada hikmah,kereta terlanggar tunggul yang tak perasan langsung kehadirannya.nasib baiklah tidak menyebabkan kerosakan yang teruk.

Solat sunat Aidilfitri selesai pada jam 8.30pagi,seperti biasa pusher pergi menziarah ke kubur arwah Atuk yang telah 22tahun pergi dan arwah nenek yang baru sahaja pergi tanggal 14/4/2010.Setelah selesai semuanya,mulalah sesi bergambar dan bermaafan pusher sekeluarga.masa nilah nak minta maaf hari lain belum tentu.

Apapun semua yang dilalui hari ini akan menjadi detik paling happy,dulu masa zaman kanak-kanak pulang je dari masjid terus pergi beraya..kumpul duit banyak-banyak tetapi zaman dah berubah,sekarang pulang je dari masjid terus kena bagi duit raya,dah tak boleh lari lagi.

Cukuplah Entri kali ini,diharap raya kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas...Amin.
Aidilfitri datang setahun sekali jadi adalah lebih baik kita menghayati apa erti adidilfitri itu sendiri.~SEKIAN~

1 comment:

pilotHans said...

nice family u have there pusheraries....