Tuesday, October 5, 2010

Hati

Bila bicara pasal hati memang tidak ada idea untuk menulis tapi bila dikenangkan tiada erti atau makna yang perlu disalah ertikan hanya diri sendiri yang tahu.

sama ada apa benar atau hanya titik tolak kehidupan yang baru-baru ini dilalui ialah mungkin dianggap satu hukum karma didalam kehidupan setiap insan.Hidup dan dugaan sering disalah ertikan.makna kehidupan itu sendiri telah mempengaruhi kehidupan insan itu sendiri.

Hanya pengalaman,Perasaan dan ilmu yang ada untuk bekalan menjalani kehidupan yang bukan hanya sedetik untuk kita lalui tetapi didalamnya ada bermacam-macam erti dan dugaan yang perlu ditempuh.

Usah ditanya kenapa dan mengapa sesuatu kehidupan itu diselang selikan dengan tohmahan,kegagalan dan kekecewaan kerana setiap apa yang dihadapi adalah erti sebuah kehidupan itu sendiri.Hadirnya insan yang berilmu tetapi lupa akan dahulunya dia juga tidak,hadirnya insan yang kaya tetapi lupa satu masa dahulu ia miskin atau hanya mewarisi apa yang telah ada dan hadirnya insan yang sentiasa berada diatas tapi dalam tidak sedar dia tetap dibawah.

Manusia,kehidupan dan erti penghayatan dalam hidup adalah satu lumrah yang perlu diakui oleh semua insan sama ada ianya baik atau buruk.Kejadian demi kejadian.hanya satu harapan iaitu sebuah pengakhiran yang baik.

~SEKIAN~

3 comments:

tiafazunia said...

LIKE.

pandai berkata kata kann ? :)

Pusher Aries said...

tia:-biase je...

miss lolly a.k.a luvfareda said...

yuppyyyyyyyy :DDDD

tulah ranjau hidup kita. then hati kena lah bersih. baru kite positif :)