Sunday, December 12, 2010

Bila berpeluang menulis

Salam,

rasanya dah berabad blog nie kesunyian bukan sebab pengunjung tapi sebab tiada entri baru yang memenuhi ruangkan kosong.mungkin ada sebilangan yang menganggap pusher dah malas atau hangat-hangat tahi ayam.

alasan yang sama akan diberi bila setiap soalan bertanyakan lama tak menulis blog,bukan tidak mahu tetapi keadaan tidak mengizinkan.Rindu juga hendak menulis walaupun pengunjungnya entah ada atau tidak.banyak cerita,kisah suka dan duka ingin dikongsi.mungkin hakikatnya keadaan masih tidak mengizinkan.

Bila rasa ingin menulis????
Rasanya setiap hari ingin menulis terutamanya bila bosan didalam bilik,tak tahu nak watpe.nak berjalan pun kemana.Saat itulah perasaan menulis dan idea serta kisah ingin dikongsikan sentiasa tersusun untuk ditulis disini tetapi bila apa yang dikongsi itu tak dapat nak ditulis rasa malas,bengang dan lama kelamaan blog ini terus sunyi.

Tidak dinafikan,bila menulis terasa apa yang nak diluah terpendam dan terus terpendam dan bila bepeluang dah tahu apa yang patut ditulis.Bila nengok blogger yang telah menjadikan blog sebagai diari harian,bermacam macam entri ditulis dalam sehari teringin ingin mencuba seperti mereka ternyata bercakap untuk melakukan sesuatu tidak semudah bila untuk melakukannya sendiri.

Apapun mungkin entri disini jarang ditulis,pusher juga ingin memastikan tahun hadapan 2011 akan memaparkan lebih banyak entri dari tahun ini.Walaupun kebanyakan entri disini hanya sesuatu yang merepek tapi inilah luahan,cerita ataupun kisah yang ditulis ikhlas dari penulis tak terkenal ini..

~SEKIAN~

1 comment: