Sunday, January 9, 2011

Percutian

Salam..



Percutian Pulau Pangkor merupakan entri terbaru pusher setelah sekian lama menyepi,percutian ini merupakan percutian pertma dalam hidup pusher.kesiankan..
Setelah merasa sendiri pergi bercuti,melihat tempet orang memang seronok.hilang sekejap masalah kerja,oeribadi dan macam-macam lagi.
Percutian 3hari 2malam ni memang telah dirancang agak lama bersama sepupu.Kami pergi seramai 4orang dan hanya menaiki kereta pusher jer.
Perjalanan dimulakan dari melaka menuju ke Kuala Lumpur untuk mengambil seorang rakan yang menetap disana dan perjalanan diteruskan.kami sampai ke Jeti Lumut pada 12am tetapi perkhidmatan feri hanya beroperasi hingga jam 8.30pm sahaja jadi terpaksa lah menginap di hotel berdekatan.

Hari Pertama di pulau Pangkor.

Kami berada di jeti lumut seawaj jam9.30am dan berjumpa someone yang menawarkan pakej penginapan yang agak murah dan kami diberi taklimat dan sedikit tunjuk ajar untuk bercuti disana.Kami menaiki feri yang disediakan dengan tiket berharga RM10.00 seorang untuk pergi dan balik.Akhirnya kami tiba di jeti pangkor jam1.00pm.
Disana memang agak memgejutkanlah bagi pusher melihat tempat peranginan yang mempunyai penempatan penduduk yang berbilang bangsa dan kehadiran pelancong dalam dan luar negara yang banyak.Kurangnya pengutkuasaan oleh pihak berwajib.Kami terpaksa menyewa motorsikal untuk digunakan selama kami disana.Kos untuk 2 buah motosikal sebanyak RM100.00.mahalkan tapi itu dikira murah dari menyewa kereta yang negenakan caj RM80.00 sehari.
Setelah menyewa motosikal kami bertolak ke tempat penginapan lami Palma Beach Resort yang terletak agak jauh dari jeti iaitu sejauh 7km.Setelah tiba di resort kami berehat sahaja sebelum pergi berjalan di sekitar pulau.

Hari Kedua

Kami bangun pagi dan pergi melihat kawasan sekitar,berjalan ke kedai-kedai cenderahati,mandi laut tapi pusher tak mandilah just memerhatikan sahaja.Banyak yang kami lakukan untuk seharian ini.Banyaklah juga barang yang dibeli untuk dibawa pulang nanti.

Hari ketiga

Merupakan hari terakhir kami disana dan kami bergerak ke jeti seawal jam 9.00am untuk menaiki feri menuju ke jeti Lumut.agak malang sedikit bila motor kehabisan minyak.terpaksa menolak.lebih malang lagi bila keduadua motor yang disewa kehabisan minyak.kenalah menolak untuk berpatah balik ke resort sebab disana ada menjual minyak.Kami tiba di jeti Lumut jam 11.30am dan selamat sampai di melaka jam 7pm.

percutian ini memang menyeronokan dan menjadi pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama.-SEKIAN~

No comments: