Tuesday, July 13, 2010

Ketagih nak karaoke

"Pusat kegiatan pusher"

Sesape je yang mempunyai naluri yang sama seperti pusher silalah jangan malu-malu untuk beritahu sebab kita-kita ni yang akan memajukan pusat-pusat karaoke tidak kira yang kecil mahupun yang telah berkembang pesat...huhu
Karaoke memang dah sebati dalam kehidupan harian pusher,kalau nak karaoke atas motor atau dalam kereta memang boleh tetapi tidak mendapat kepuasan tetapi bila difikirkan balik memang merbahaya juga berkaraoke nie sebab kita akan mengutamakan karaoke daripada benda-benda lain yang lebih penting.
Kalau nak dikira duit yang digunakan untuk hiburan dah boleh beli satu set home teater siap set karaoke lagi untuk tujuan tersebut dan boleh digunakan pada bila-bila masa je.Kata orang karaokelah bila nak hilangkan stress tetapi pusher hari-hari stress....(alasan je tu)...
Tanye je sesape yang tidak teringin jadi artis atau senang citer dikenali ramailahh..pergi memane je orang suka,menjadi perhatian tapi masalahnye pusher menyanyi tak sedap..berlakon tak pandai..blog pun tak famous...macam mane nak orang kenal.Orang kampung pun tak berapa kenal si pusher nie...huhu.
Nak share sikit lagu-lagu yang biasa dihancurkan oleh pusher antaranya kembali pulang,kasih tercipta,kenangan terindah,sampai syurga,semut merah,cinta tiga segi,patri dan macam-macam lahh..kesimpulannya pusher jiwang...hehe..bukanlah lagu orang putih pusher nak nyanyi tapi tak bunyi macam orang putih pun...
Akhirnya biarlah pusher menghabiskan masa-masanya dengan aktiviti yang berfaedah sangat nie...alasan juga....
~SEKIAN~


No comments: